Gabungan Parti Sarawak (GPS) yakin kecemerlangan dan momentum sokongan kepada parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu akan terus dikekalkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menegaskan, rakyat negeri itu tidak akan mengorbankan kesejahteraan dan kestabilan politik yang telah terbentuk ketika ini.